![]() |
Tahun 2008, Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah ( BOOS) sekolah ini mula diberi perhatian khusus. Sebelum itu Bilik SPBT lebih merupakan stor bagi menyimpan lebihan stok buku teks. Bilik ini mula dihias dan dipamerkan dengan segala maklumat berkaitan SPBT dan penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa.
Tahun demi tahun, penambahbaikan telah dibuat dan menjadikan bilik yang lebih luas. Pelbagai aktiviti, pameran dan inovasi berjaya dibuat dan dihasilkan.
Kini BOSS sekolah ini telah mula melangkah setapak lagi dengan mempertingkatkan segala kemudahan, keceriaan dan menghasilkan inovasi yang berkaitan dengan SPBT melalui pelbagai projek SPBT dan kerjasama pihak luar. Kini BOSS mula beroperasi dengan sempurna selaras dengan hasrat kerajaan untuk Memertabatkan Buku Teks sebagai sumber ilmu.
MEMASTIKAN SEMUA MURID WARGA SMK TAMAN TUN FUAD MENIKMATI PENDIDIKAN PERCUMA MELALUI FAEDAH SPBT
- SEMUA WARGA SMKTTF AKAN MENDAPAT BUKU TEKS SPBT
- MEMASTIKAN MURID SMK TTF MENERIMA BUKU TEKS SPBT PADA MINGGU PERTAMA SESI BARU PERSEKOLAHAN BERMULA
- PENGURUSAN SPBT CEMERLANG MENJELANG 2018
MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN SPBT SECARA SISTEMATIK BAGI MELAHIRKAN MODEL INSAN CEMERLANG BERLANDASKAN FPN
Bahawasanya kami, Jawatankuasa SPBT
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Fuad
akan menjalankan amanah dengan baik dalam :
Pemberian buku teks yang adil dan lengkap kepada semua murid.
- Menguruskan proses pengagihan dan pemulangan buku teks
dengan cekap.
- Memastikan buku teks yang diterima murid berada dalam
keadaan yang baik.
- Menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan buku teks dengan segera.
\
Bahawasanya kami, Jawatankuasa SPBT
Sekolah menengah Kebangsaan Tun
Fuad akan menjalankan amanah dengan baik
dalam
· Memastikan setiap murid layak
mendapat buku teks menerimanya mengikut kehendak kementerian.
· Dapat mengagihkan buku-buku SPBT
kepada murid sekurang-kurangnya seminggu sebelum cuti akhir tahun.
· Pemulangan buku-buku teks daripada
murid yang meminjam selewat-lewatnya dua minggu sebelum cuti akhir tahun.
· Memastikan buku-buku teks dijaga
dengan baik.
· Mengurus SPBT dengan baik ,cekap
dan cemerlang.
· Sentiasa peka dengan maklumat
terkini SPBT.
· Memastikan setiap yang berurusan
dengan pihak SPBT mendapat layanan dengan sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment